Thursday, December 3, 2009

Maafkan aku TUHAN

Assalamualaikum wbt..

Dimulakan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...

Pertama kali, maaf ku pohon kerana telah lama ku tinggalkan blog ini dibiar usang dan bersarang. Ya, sudah lama juga tidak ku titipkan blog ini dengan kata kata dan lafaz kebesaran kepadaMU yang MAHA ESA. Biarpun begitu TUHAN, tidak pernah sekalipun aku ingin melupakanMU keranaku sedar bahawa Engkaulah yang berhak menghidupkan dan mematikan diri hambaMU ini pada bila bila masa dan ketika yang Engkau suka. Lalu Ya ALLAH aku curahkan segala perasaan kepadaMU agar selalu diberikan kesihatan dan kebahagiaan dalam erti yang hakiki. Hanyalah Engkau Ya ALLAH yang maha mengetahui.

YA ALLAH, ketika sudah lama tidak ku coretkan tulisan ini, aku selalu muhasabah diri ini. YA ALLAH, sekian lamanya, diriku sangat banyak diuji. YA ALLAH, aku sedaya mungkin untuk menerima segala ujian dugaan daripada Engkau dengan ikhlas dan redha. Aku mengerti bahawa aku hanyalah hamba yang hina dan tidak layak untuk meminta minta. Namun Ya ALLAH, terkadang diriku tewas jua menghadapi segala suratan dalam meniti hari ke hari di dunia ini. YA ALLAH, hanya Engkaulah yang mengerti dan memahami perasaanku. Maafkanlah aku YA ALLAH.

Bagaimana hendak ku mulakan luahan ini? Aku tidak terdaya YA ALLAH. YA ALLAH, aku sangat hina dan sangat malu untuk meluahkan padaMU. Namun aku tidak sanggup untuk menyimpan sekian lama, takutkan hati ini mati tanpa sempat untuk ku kebumi.

YA ALLAH, semenjak beberapa bulan yang lalu, pelbagai dugaan yang aku hadapi. Kesakitan yang bertimpa-timpa yang Engkau berikan, aku kalah dan lemas di dalamnya. Cuba juga untuk ku cekalkan diri, namun YA ALLAH, aku selalu tewas. Bagaimanakah YA ALLAH untuk aku hadapi kesakitan ini seorang diri? Aku jadi tidak semangat untuk teruskan hidup, dan yang paling aku takuti imanku menjadi semakin lemah dan semakin tidak berharga. YA ALLAH, janganlah kau lemahkan imanku lantaran ujian yang tidak seberapa ini. Aku sangat takut jika aku tewas dengan ujian dan dugaanMU dan membuatkan imanku jadi rapuh. YA ALLAH, terasa seakan aku semakin menjauhiMU akibat laluan berliku yang aku lalui hari demi hari ini. YA ALLAH, jangan Engkau pergi dariku..janganlah Engkau menjauhiku...aku merayu seluruh tenaga dan batinku ini. Dekatkanlah semula aku padaMU YA ALLAH..bantulah aku YA ALLAH..aku memerlukanMU dalam setiap nafas dan waktu...

Air mata sering tidak dapat ku tahan. Aku hanya mampu menangis tatkala kesedihan menjengah diri. Aku sangat tidak kuat YA ALLAH....YA ALLAH bantulah aku YA ALLAH...aku sangat lemah tak berdaya. Teruslah untuk memimpinku untuk menuju ke jalanMU jalan syurgaMU..cintaMU yang aku dambakan selalu...

YA ALLAH, berita gembira sebagai hadiah di hari lahirku dan ulangtahun perkahwinanku yang pertama, aku terima dengan rasa syukur dan bahagia. Tatkala doktor mengesahkan keadaan ku yang positif, aku terharu dan sangat terkejut kerana setelah hampir setahun, aku tidak mengharapkan lagi dan hanya berserah kepada kehendakMU dan rezekiMU. Bukanlah aku putus asa, cuma aku hanya usaha untuk terima qada' dan qadar atas segala ketentuan yang telah Engkau tetapkan. Aku percaya bahawa rezeki dari Engkau YA ALLAH, akan sampai dan tiba tepat pada masa dan ketikanya. InsyaALLAH. Namun YA ALLAH, kenapa mesti ada rasa was was yang Engkau campakkan kepadaku tatkala berita gembira itu ku terima? Aku jadi takut sehingga tidak menceritakan berita itu kecuali kepada beberapa sahabat yang dekat dan kaum keluarga. Aku cuba untuk menahan rasa gembira itu daripada berlebih lebihan dengan banyakkan berdoa dan meminta agar dijauhkan dari segala kerisauan yang terbuku di hati. Namun YA ALLAH, aku diuji sebenarnya. Ya, aku hambaMU yang takkan lepas dari dugaan. Berita keguguran yang disahkan oleh doktor, menjadi jawapan kepada persoalan dan kerisauanku. Aku pasrah YA ALLAH. Aku terima dengan redha YA ALLAH. Siapalah yang tidak hendakkan zuriat sendiri. Sudah tentu aku ingin memberikan zuriat buat suamiku. Siang malam kami berdoa, siang malam kami meminta, siang malam kami menaruh harapan, dan siang malam itu jugalah yang membuat kami gelisah dan gundah. Harapan pertama kami telah Engkau ambil kembali. Kami pasrah atas segala kehendakMU YA ALLAH. Kami mengharapkan zuriat sebagai penyambung keturunan. Zuriat yang soleh solehah yang akan mendoakan kami ketika jasad sudah di liang lahad. Zuriat itu yang ingin kami didik menjadi anak yang soleh solehah yang dapat menjadi pejuang Islam sejati di tanahMU ini YA ALLAH. YA ALLAH, kami tidak akan berhenti berdoa. Semoga doa kami ini Engkau terima YA ALLAH. Amin.

YA ALLAH..walaupun ujian demi ujian yang Engkau berikan, semoga aku akan terus istiqamah dalam menjalani hidup sebagai wanita solehah. Mujahidah solehah pilihanMU YA ALLAH. Matlamatku telah tertumpu, iaitu syurgaMU. Aku tidak akan gentar apa jua halangan dugaan yang bakal Engkau hadiahkan kepadaku. Namun YA ALLAH, aku pohon kepadaMU, hadiahkanlah juga kekuatan kepadaku yang sangat lemah dan seringkali tidak berdaya ini. Sesungguhnya YA ALLAH, aku hanyalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan dan dosa dosa. Semoga YA ALLAH, segeralah Engkau menegurku dalam setiap apa jua kealpaan yang aku lakukan. Hanyalah ihsan daripadaMU yang aku harapkan. Bantulah aku melalui jalan-jalan liku penuh onar duri dan ranjau yang sedia menanti di depan.

YA ALLAH YA TUHAN ku, CINTAMU yang aku dambakan selalu.

Aku CINTA padaMU YA ALLAH.

Terima Kasih buat sahabat setia yang selalu menemani diri ini tatkala susah dan senang. Kalian sangat dekat di hati saya. Hanya ALLAH SWT yang layak membalas jasa dan budi yang tinggi. InsyaALLAH.

dan...

tatkala menulis ini, air jernih dari mata jatuh tak tertahan lagi. Maafkan aku TUHAN.

*meminjam kata kata seorang adik dan sahabat (ahn) "..Allah menguji keikhlasan bila bersendirian. Allah memberi kedewasaan bila ada masalah. Allah melatih kesabaran dalam kesakitan. Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikannya dengan yang lebih baik.."

-----------------------------------------------------------------------------

Kumpulan: Harmoni

Tajuk: DOA

Tuhanku dalam termangu

Ku sebut namaMU

Biar susah sungguh

Mengingatkan KAU penuh seluruh

Tuhanku cahayaMU

Panas suci

Bagai kerdip lilin

Di kelam sunyi

Tuhanku aku hilang bentuk

Kembara di negeri asing

Tuhanku pintuMU ku ketuk

Aku tak bisa berpaling

LINK VIDEO : http://www.youtube.com/watch?v=9MZkGEWc3eg

-------------------------------------------------------------------------------

Peringatan Buat Diriku Yang Selalu Lupa.

SaLaM SaYaNg. Wassalam.

Tuesday, June 30, 2009

ALAMAK BERATNYA! TAKUTLAH

Assalamualaikum wbkth....

Bissmillahirrahmanirrahim,

Ungkapan seperti tajuk di atas memang selalu kita dengarkan....juga selalu kita ungkapkan. Sampai rasa nak migrain memikirkan masalah berat badan tu. Risaunya kita dan TAKUT nya kita kepada berat badan yang BERAT sebab takutkan badan nampak tak cantiklah...hodoh gak.....nanti nak pergi jalan-jalan segan semua orang pandang dan bisik-bisik kononnya sedang mengata pasal badan kita yang tak molek itu...Kalau si perempuannya kalau badan tak ada shape tak menariklah kan. Mestilah malu nanti tak ada chance lah nak pakai baju kebaya ketat siap dengan kain yang terbelah supaya nampak lebih menyerlah. Lepas tu rasa malu nanti apa orang kata...tak pandai jaga badanlah...nanti laki tak sayanglah...nanti laki carik yang lain haaa macammana? Yang si lelaki pulak, alamak perutnya terlebih sudah...mulalah nak pergi gym nak kasi otot jadi ketul-ketul dan nak hilangkan perut yang nampak boroi-boroi. Ada pulak tu yang otak dah jammed dan hanya boleh fikir NANTI CEPAT MATI OOOO kalau tak jaga badan ni...Sakit jantungnya lagi..kencing masam masam masin pulak...Obesiti???? Huwaaa takutnyaaaa....

TETAPI SAHABAT,

TAKUT kah kita kepada BERATnya DOSA Berbanding BERATnya PAHALA yang kita ada? Takutkah kita terhadap apa yang TUHAN kata tentang kita? Kita selalu merasa risau kepada berat badan yang boleh kita timbang, yang boleh kita lihat angkanya. Kalau terlebih sudah, mulalah nak diet, makan pun tak tolak buah ngan sayur je kalau boleh (duit ada lebih boleh shopping lebih ok!). Walhal adakah kita PERNAH MERASA RISAU kerana tidak pernah tahu berapakah berat timbangan pahala dan dosa yang kita ada? Adakah kita sebagai SEORANG ISLAM mahu merisaukan diri untuk berfikir tentang timbangan ini? PELIK ATAU TIDAK? Kita RISAU akan berat badan yang kita boleh ubah dan adjust angkanya dan kita sangatlah sedikit merasa RISAU dengan timbangan amalan yang kita tidak pernah dan tidak boleh lihat angkanya semenjak kita lahir lagi. Bagaimana sahabat? PERNAH tak kita fikirkan persoalan ini?

Menyelusuri kehidupan ini adalah mudah sekiranya kita tahu matlamat dan tujuan kita dijadikan oleh ALLAH SWT ke dunia ini. Tetapi sebaliknya ia akan menjadi susah kerana kita selalu pandai-pandai mentadbir dan menjadikan hukum alam ini tidak lagi selari dengan matlamat dan tujuan sebenar hidup. Adakah yang paling jauh kita hanya mampu fikirkan bahawa hidup ini penuh dengan keseronokan dan kegembiraan maka usia yang ada haruslah sangat dihabiskan dengan enjoy dan joli sakan? Kita selalu sangat pandai-pandai hendak mengubah pusingan alam yang sudah sempurna kerana diciptakan oleh ALLAH SWT yang tentulah sangat sempurna. Manusia suka menjadi pandai-pandai hendak buat keputusan sendiri dan buat hal sendiri dan mahu menjadikan alam dunia ini seperti kehendaknya sendiri, walhal manusia tidak akan pernah sempurna seperti TUHANnya. Adakah kita pernah fikirkan ini? Benar, bukanlah tidak boleh kita hendak menjaga penampilan.Tetapi NABI MUHAMMAD SAW juga menggalakkan kita agar sentiasa bersederhana dalam segala hal. Betul, kita tidak boleh tinggalkan terus dunia ini demi menjaga akhirat, namun ada batasannya. Mengapa hendak fikirkan dunia yang sementara ini secara melampau dan berlebih-lebihan? Yang jadi sangat melampau bila kita TINGGALKAN AKHIRAT demi Dunia yang tidak kekal ini. Jadi, Akhirat di mana hendak kita letakkan?

Saya pernah dan kadang-kadang terfikirkan kalaulah kita mendapat penyata bulanan utusan ALLAH SWT mengenai timbangan dosa dan pahala yang telah kita kumpulkan daripada segala amalan dan kebaikan, dan nescayalah kita pasti merasa susah hati dan tak hendak berpoya lagi. Apatah lagi hanya goyang kaki depan TV dan kunyah kuaci. Dah tentu kita gelabah dan seram sejuk hendak mendapat penyata bulanan tersebut kan.

Wahai manusia.....kamu hendak mengejar apa?

Peringatan Buat Diriku Yang Selalu Lupa.

SaLaM SaYaNg. Wassalam.

Penimbang ini sesuwai untuk bayi-bayi sahaja yer

Saturday, June 20, 2009

AHLAN WA SAHLAN

Assalamualaikum wbkth....

Bissmillahirrahmanirrahim,

Menemui kembali sahabat di laman siber yang dah lama ku tak kirim berita..buat sahabat yang masih kenal diri ini dan masih mengingati terima kasih saya ucapkan..dan buat sahabat baru semoga dapat kita jalinkan ukhuwwah di jalan ALLAH... InsyaALLAH.

Kalau ada sahabat yang masih ingat, tema yang saya gunakan dulu ialah "MENCARI CINTA YANG BERLARI" ...hehehe jiwang gak bunyinya kan. Maklumlah zaman masa belum kahwin tu kita pun tak pasti mana CINTA sebenar yang perlu kita cari dan isi dalam diri. Masa iman yang ada sikit-sikit tu, kebanyakan apa yang dibuat ikut hati dan rasa sendiri. Namun kini kembali dengan tema yang baru... "JALAN YANG LURUS HIDUP YANG SEMPURNA" ...semestinya ada kaitan dengan diriku yang sekarang ini. Saya kini menjalani erti CINTA hakiki bukan lagi CINTA yang tak pasti. Semasa saya akhiri dunia blog dulu,status berlainan dengan yang kini..ya.Alhamdulillah shukur sangat sangat saya panjatkan kepada Ya Rabbi. Saya kini dah pun bergelar seorang isteri yang sah buat suami yang tercinta, ZAHIZAN BIN ABD RAHMAN (saya dapat orang melaka..hihi..)

JALAN YANG LURUS bermaksud saya lebih yakin dengan jalan yang saya telah pilih..hidup sebagai hamba ALLAH dan lebih dekat lagi sebagai seorang isteri semestinya menjadikan kehidupan lebih terarah dan bermakna..dahulu(masa zaman bujangan) tanpa tujuan hidup yang jelas rasanya isi kehidupan agak kosong dan selalu sia-sia..Namun kini,dengan adanya tanggungjawab yang jelas dan punya suami yang setia di sisi yang sangat banyak membimbing dan selalu bersama saya dalam masa susah atau senang membuatkan saya lebih yakin untuk menjalani segala ujian demi HIDUP YANG SEMPURNA. InsyaALLAH...

Sahabat, semoga kita dapat kembali menjadi ISLAM YANG SEJATI. Kenapa saya kata sejati? Anda boleh fikirkan sendiri. :) Terjerumus dengan masalah dunia, ujian buat kita sebagai hambaNYA, jangan sesekali putus asa dan kecewa. TUHAN tentunya janjikan bahagia buat hamba-hambaNYA yang berfikir dan mencari redha. MENCARI BAHAGIA itu adalah satu usaha yang tiada henti selagi kita belum mati. Berbekalkan iman dan taqwa, insyaALLAH kejayaan dan kebahagiaan dalam menjalani KEHIDUPAN ISLAM itu pasti dalam genggaman! Ingatlah sahabatku, kita harus menyediakan bekalan untuk dibawa ke akhirat. Hanya bekalan iman dan segala pahala sahajalah yang dapat menyelamatkan kita dari jadi manusia yang sia-sia.

Marilah kita FIKIR SEBELUM FAKIR. ALLAHUAKBAR!

Peringatan Buat Diriku Yang Selalu Lupa.

SaLaM SaYaNg. Wassalam.